Selasa, 23 Februari 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN..


Dikesempatan yang diberikan oleh Allah ini saya manfaatkan sedikit masa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian...

Dunia kampus telah saya tamatkankan beberapa bulan yang lalu...bergelumang dengan dunia nyata yang memenatkan mata memandang dan akal untuk berfikir, masyarakat kita pada hari ini yang semakin hari semakin sibuk dengan dunia dan meninggalkan tanggung jawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi..

Bila bersama masyarakat samada kg atau bandar...hati ini begitu sedih melihat muda mudi sekarang...tiada lagi maruah dan akhlak terpuji pada diri mereka..boleh dikatakan kebanyakan remaja lelaki menghisap rokok dan menelan benda-benda haram seperti pil kuda, dadah, arak dan sbgainya..manakala yang perempuan pula dengan keadaan yang serabut mata bila melihat kepada tubuh badan mereka, berpakaian (yang mengikut tren sekarang pada anggapan mereka) yang terdedah sana sini..kalau dulu kita lihat hanya orang-orang miskin sahaja yang berpakaian compang camping dan koyak rabak.. tapi sekarang mereka mengambilnya sebagai tren berpakaian zaman moden..

Alangkah sedihnya bila kita dengar anak-anak muda yang masih bersekolah mengandung!!! melahirkan anak., ditangkap basah, mencuri, memecah masuk rumah orang-orang kampung..kenapa dengan mereka???apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? adakah kerana ibu bapa mereka tidak mendidik anak-anak dengan betul??atau mereka yang diberi pendidikan tetapi menggunakan hawa nafsu mereka untuk memerintah diri mereka....


Dunia moden yang begitu mencabar!!! mencabar ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka, mencabar para imam untuk mendidik anak mukim mereka, mencabar para guru untuk mendidik pelajar-pelajar mereka...dunia tanpa batasan..maksiat dimana-mana, di dalam rumah (telivisyen, internet,handphone), di luar rumah yang pelbagai jenis maksiat berlaku di depan mata..(dedah aurat, bonceng sana sini, dadah, pil) dan sebagainya..semakin hari hati-hati mereka semakin jauh dengan Tuhan...

Kenapa masyarakat kita jadi begini? apa tindakan yang harus kita lakukan? sama-sama kita fikirkan. hari ini perkara sebegini bukan lagi hanya menjadi tanggung jawab ibu bapa semata-mata..tapi semua bahu akan mimukul beban ini.. semua kita bertanggung jawab... Allah tidak akan menurunkan bala hanya kepada mereka yang melakukan maksiat..tapi Allah akan menurunkannya kepada negeri atau daerah yang didalamnya terdapat maksiat...

Sama-sama kita renungkan dan ikhtiar sambil memohon kepada Pencipta Kita agar masyarakat kita kembali kepada Islam..ISLAM ITU INDAH...




Selasa, 2 Februari 2010

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum...

setelah lama tidak berceloteh dan mengedit blog.. ari ni diberi kesampatan untuk menulis.
di kesempatan ini saya memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat dan mengunjung yang sudi singgah kerana blog saya sekian lama menyepi..bukan tak de idea tapi tak berkesempatan..insya Allah akan di update tak lama lagi..

kpd sahabat-sahabat seperjuangan ana yang baru dapat kerja, ana ucapkan tahniah..semoga pekerjaan kita menjadi ibadah buat kita..Baarakallah alaikum jamiiann.

k, jumpe lagi..

Rabu, 7 Oktober 2009

RENUNGAN BERSAMA...

PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA KEJADIAN GEMPA BUMI DI PADANG…RENUNGILAH BERSAMA…..

Kejadian gempa di padang berlaku pada jam 17:16, lihat ayat al-quran surah ke 17(al-Isra’) ayat yg ke 16:

16. Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


Susulan gempa seterusnya pada jam 17:58, lihat ayat al-Quran surah ke 17(al-Isra’) ayat ke 58:

58. Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh).



Terjadi pada tanggal 30/9, lihat ayat al-quran dalam surah ke 30(al-Rum) ayat yang ke 9:

9. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan Telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang Telah mereka makmurkan. dan Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.


Gempa di Jambi berlaku pada jam 8:52, lihat ayat al-Quran surah yang ke 8(al-anfal) ayat yang ke 52:

52. (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras siksaan-Nya.


Khamis, 20 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN..


Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa. semoga segala amalan kita pada bulan yang penuh keberkatan ini mendapat ganjaran pahala yang lebih besar daripada Allah taala..

Ahad, 9 Ogos 2009

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''. Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .
Di petik dari:
dihantar oleh: al-ihsan95
Editor: ar-ruhul JADEED

Jumaat, 10 Julai 2009

RASULULLAH S.A.W DAN PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA.

Di sudut pasr Madinah al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “ wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu gila, pembohong, dan tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya. Setiap pagi Rasulullah mendekatinya untuk memberi makanan dan tanpa berkata sepatah katapun Rasulullah s.a.w menyuap makanan yang di bawa oleh pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya sehingga baginda menjelang wafat. Setelah baginda wafat maka tiada lagi orang yang membawa makanan setiap pagi kepada pengemis buta itu,

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. beliau bertanya kepada anaknya, “ anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya “ wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir seluruh sunnah yang ayah lakukan tetapi ada satu sunnah yang belum ayah kerjakan” “apakah itu?” tanya Abu Bakar. Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “ setiap pagi Rasullah s.a.w pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan kepada pengemis Yahudi buta yang berada di sana.

Keesokkan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk di berikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberi makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapnya si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu?” Abu Bakar menjawab aku orang yang biasa” “bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah, orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepadaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak sedikitpun memarahiku, ia datang kepadaku dengan membawa makanan kepadaku setiap pagi, ia begitu mulia… pengemis Yahudi itu akhirnya bersyahadah di depan Abu Bakar.

LIHATLAH SIFAT MULIA BAGINDA RASUL S.A.W, WALUPUN DI CACI DAN DI HINA TETAP MELAKUKAN KEBAIKAN. CONTOHILAH SIFAT MULIA BAGINDA DAN IKUTILAH SUNNAH BAGINDA. INGATLAH BARANG SIAPA YANG MENGIKUTI SUNNAH BAGINDA aKAN MENDAPAT SYAFAAT DI AKHIRAT NANTI…….
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTIASA MENTAATIMU, MENINGGALKAN LARANGANMU, MENGIKUTI SUNNAH RASULMU DAN MENJADI ANAK-ANAK YANG BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA…AMINN

Rabu, 3 Jun 2009

HIDAYAH TUHAN..

Hidup umat manusia akan sesat tanpa pedoman wahyu. Oleh itu kita umat Islam dididik agar sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar diberikan petunjuk bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Setiap hari jika kita merupakan hamba Allah yang sentiasa mendirikan kewajipan sembahyang maka sudah tentu sekurang-kurangnya kita akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari semalam di mana dalam surah tersebut kita disuruh berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang lurus.Di sini akan diperjelaskan serba sedikit tentang jenis hidayah yang diperolehi oleh manusia bagi meneruskan perjalanan hidupnya di dunia yang fana ini.

Pertama : Hidayah al-Wijdan at-Tabie'i yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya. Sebagai contohnya bagaimana seorag anak kecil akan menangis untuk keselamatan dirinya di mana tangisan itu bertujuan meminta si ibu atau pengasuhnya supaya menguruskannya. Setelah mendapat layanan atau pengurusan yang secukupnya maka petunjuk daripada rasa puas dalam diri anak kecil itu menyuruh dia agar berhenti menangis.

Kedua : Hidayah al-Hawas iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yanhg membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Namun begitu petunjuk pancaindera ini tidak sentiasa benar kerana banyak keadaan mata melihat barang yang lulus jadi bengkok, lidah tersalah merasa di mana sesuatu yang manis dirasanya pahit, hidung tersalah bau di mana sesuatu yang harum dirasa busuk dan selainnya. Kesimpulan daripada sini maka kita dapati bahawa petunjuk pancaindera tidak cukup dalam menjaga keselamatan manusia di mana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri.

Ketiga : Hidayah al-'Aqal iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabie'i. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal maka manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya. Tetapi setelah melihat apa yang berlaku di hadapan mata kita bagaimana petunjuk berasaskan akal semata-mata turut gagal untuk menggapai kebahagiaan yang sejati kerana tahap penggunaan akal adalah terbatas. Tindakan berasaskan akal semata-mata seringkali tersilap di mana sesuatu yang difikirkan baik tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu Allah telah menganugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya dalam mencapai jalan yang lurus untuk kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Keempat : Hidayah ad-Diin iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia samada yang berbentuk individu atau masyarakat ramai. Melalui petunjuk agama maka seseorang itu dapat menguji dan memperbetulkan pendapat berasaskan akalnya menerusi pertimbangan neraca agama. Seseorang itu dapat tahu tentang kebenaran dan kebahagiaan yang mesti dicapai berasaskan kehendak agama bukannya semata-mata melalui pendapat akal semata-mata. Melalui petunjuk agama juga maka perjalanan hidup seseorang itu lebih terjamin dan terkawal. Namun begitu ramai juga golongan yang cerdik pandai dalam urusan agama yang tersalah langkah dan tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar. Ramai mereka yang faham agama turut tersesat jalan walau pun telah pun dianugerahkan dengan petunjuk agama. Perkara ini tetap berlaku kerana mereka tidak dianugerahkan hidayah yang paling tinggi. Mereka mungkin hanya mengetahui tentang agama melalui pembelajaran dan pembacaan sehingga menyentuh hati tetapi tidak mampu menggunakannya secara betul kerana masih belum diberi hidayah yang lebih tinggi.

Kelima : Taufik iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Apabila diri kita diberikan taufi maka bukan sahaja kita mengetahui tentang sesuatu itu yang baik untuk dikerjakan dan sesuatu buruk untuk ditinggalkan tetapi segala anggota kita turut diberi kekuatan untuk melaksanakan segala itu untuk mencapai keredhaan Allah. Taufiq hanya terletak pada tangan Allah Yang Berkuasa sahaja tanpa mampu dimiliki oleh sebarang makhluk walau dia seorang rasul sebagaimana nabi kita Muhammad s.a.w sendiri tidak mampu memberi hidayah taufiq kepada bapa saudara kesayangannya Abu Tolib. Setelah mengetahui serba sedikit tentang hidayah maka marilah kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa kepada Rabbul Jalil agar terus melimpahi inayah dan taufiq hidayahnya kepada kita semua dalam mencari kebahagian di dunia dan akhirat