Rabu, 8 April 2009

PENGALAMAN MENGEMBARA KE PERKAMPUNGAN ORG ASLI..

bergambar bersama pegawai JAHEAIK, kami melawat rumah ke rumah mereka

Ni la penghulunya, beragama Kristian



jalan sungai yg kami lalui

jalan berlumpur, kereta tu dah tersangkut...


ni la gereja kristian, nampak je camtu, tp mereka aktif..




kereta RTM yg bersama kami terbabas, nasib baik tuannye xde ape2.


Sedikit perkongsian pengalaman. Saya telah menjalankan Latihan Amali Industri di Jabatan Hal EhwaL Agama Islam Kelantan(JAHEAIK) dlm Bhagian Dkwah..pada 4-7Mei 2008 kami brsama pegawai JAHEIK turun ke Perkampungan Orang Asli di Pos Balar (tempat yg plg jauh berbanding perkgpungan org asli lain di Kelantan) bagi merasmikan Masjid yang baru siap dibina. Pengalaman tu xdpt nk lupakan...Kami bertolak pd pukul 9 pg dr JAHEAIK, pukul 4ptg mula memasuki jln bukit menuju ke sana, sampai di sana pada pukul 8.00mlm, kami terpaksa melalui jln yg berlopak dan meredah 4 batang sungai.. perjalanannya sungguh mencabar..


Bila tengok org asli tu rasa seronok...tp sedih gak, Mereka msk Islam..tp Islam sekadar nama..cuba shbt bayangkan..ajar bc al-Fatihah pun susah nk tangkap, sampai beberapa kali pun kami ajar,diaorg xblh ikut. ajar solat tp xpandai bc Quran..diaorg ni bila ada makanan je br diorg datg utk belajar.. diaorg msk Islam kerana mereka fikir msk Islam dapat duit..itu masalahnya..


Kita pulak terpaksa berhadapan dengan puak-puak Kristian, mrk juga giat menyuntik ajaran Kristian kepada puak2 Org Asli, setiap Jumaat mrk msk ajarkan Bible kepada org aSli, lepas tu buat jamuan dan hidangkan arak dan kadang-kadang hidangkan babi...Pos Balar ni, Ketua mereka beragama Kristian, puak Kristian telah memberi alaun Bulanan kepada penghulunya setiap bulan..satu cabaran bagi Kita dan JAHEIK sendiri wlaupun pihak JAHEAIK telah menempatkan pegawai untuk mengajar dan mengawasi mereka yang dah masuk Islam

Doakan mereka, walaupun Islam sekadar nama tetapi mereka tetap dalam agama yang suci ini..mg Allah membuka pintu hati mereka.mempermudahkan mereka untuk kenal Islam...

Anak-anak org asli bersama permainan mereka..




majlis perasmian Masjid Pos Balar..
tempat duduk tu Orang Asli buat drpd buluh


Ni Masjidnyer..
Bahan binaan tu di angkut melalui udara dengan helikptr



Ni kenderaan yg kami naik,hilux pejabat perhutanan,


ni la laluan nk masuk ke perkgpungannye, amat menggerunkan..












Selasa, 7 April 2009

MENGENAL TOKOH PEMUSNAH AGAMA..

KAMAL ATATURK

Kamal Ataturk adalah pengasas negara Turki moden yang dilahirkan di Salonika, sebuah bandar dalam wilayah Macedonia, yang ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Beliau dilahirkan pada tahun 1881 M. Namun demikian tiada terdapat dokumen rasmi yang tercatat mengenai tarikh sebenar kelahiran beliau. Dalam hal ini, jika mengikut tradisi Turki, pada hujung abad ke -19, setiap anak yang dilahirkan, nama mereka akan tercatat di dalam naskah al-Quran keluarga. Namun keadaan sedemikian tidak berlaku kepada Ataturk. Apabila beliau menjadi presiden Republik Turki, beliau diminta memaklumkan tarikhnya untuk dimuatkan dalam sebuah buku ensiklopedia negara asing, beliau memilih tarikh 19 Mei iaitu hari beliau mendarat di Samsun, tempat dimana beliau mula melancarkan perjuangan pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.


Zubeyde pula bonda kepada Musataffa, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustaffa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustaffa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustaffa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Pada peringkat awal, Mustaffa telah mendapat pendidikan di sekolah rendah. Berikutnya, beliau telah memasuki sekolah tinggi dan kemudiannya tanpa persetujuan ibunya, beliau memasuki sekolah ketenteraan. Semasa di sekolah ketenteraan itu, beliau telah menunjukkan kebolehan sebagai seorang pemimpin dan dengan itu telah diberi gelaran “Kamal” (sempurna) oleh gurunya. Sejak itulah beliau dikenali sebagai Mustaffa Kamal. Pada kala itu juga, perhubungan antara Mustaffa dan ibunya menjadi semakin renggang, malah menurut H.C. Armstrong, seorang pengarang berketurunan Inggeris, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengejar wanita genit atau bertandang ke rumah pelacuran. Dalam pada itu, menurut Armstrong lagi, beliau pernah menghabiskan masanya bergaul dengan beberapa orang sami Dominican (Dominican monks).
.
Berikutnya, oleh kerana kecekapannya, beliau telah dilantik sebagai Leftenan Muda dan dihantar untuk bertugas di Maktab Pegawai Tentera (Staff College) di Istanbul. Semasa di sana, beliau telah ditangkap oleh pihak Uthmaniyyah kerana terlibat dalam satu komplot untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid ll. Sebagai hukuman, beliau telah dibuang daerah ke Damsyik, ibu negeri Syria. Tetapi secara senyap-senyap beliau telah kembali ke Salonika dan menyertai Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP) yang memudahkannya dilantik sebagai seorang pegawai tentera. Setelah itu, melalui kegiatan CUP, Abdul Hamid ll telah digulingkan pada tahun 1909 M. Ekoran daripada itu Rejim Turki Muda telah ditegakkan.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai arak dan juga mengunjungi rumah pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”.

Khamis, 2 April 2009

NASIHAT-NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA


1. wahai anakku, janganlah engkau mensyirikkan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan kezaliman yang besar.

2. Allah s.w.t juga telah mendedahkan wasiat Luqman tentang kedua ibu bapa, menyatakan tanggungjawab mereka terhadap anak, dan menyuruh berbuat baik kepada mereka berdua, walaupun mereka berdua daripada kalangan yang kafir. Tetapi si anak dilarang mengikut jejak langkah dan arahan dalam agama keduanya.

3. Luqman menasihatkan anaknya supaya melaksanakan sembahyang dengan cara yang paling sempurna dan tepat pada waktu-waktunya, serta menghindari diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Kemudian beliau berpesan kepada anaknya supaya berbuat baik dan melarang daripada melakukan kejahatan. Nasihat ini dilakukan mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya beliau tidak mampu melakukan dengan perbuatan, maka dilakukan dengan menggunakan percakapan dan hati (tidak reda dengan perbuatan mungkar).

4. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Maksudnya tidak dengan berjalan pantas akan dapat membelah bumi dengan negeri dan tidak dengan menghentakkan kaki dapat menembusinya serta tidaklah dengan kesombongan, keangkuhan dan mengangkat kepala dapat menandingi ketinggian gunung-ganang. Dalam sebuah Hadith menceritakan kisah seorang lelaki yang sedang berjalan dan bangga dengan pakaiannya, tiba-tiba Allah menenggelamkannya kedasar bumi. Oleh itu, dia terbenam didalamnya sehingga hari kiamat. Dalam hadith lain disebut, ”jauhilah kamu daripada melabuhkan pakaian kerana ia menimbulkan sombong takbur yang sangat dibenci Allah”

5. juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata
Maksud ayat daripada Surah Luqman ini ialah apabila berkata-kata jangan sekali-kali meninggikan suara kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai. Dalam sebuah hadith dalam Sahih al-Bukhariy dan Muslim menyarankan supaya membaca, ”aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam” ketika mendengar suara keldai di waktu malam ketika melihat syaitan. Dilarang meninggikan suara sekiranya tidak berfaedah. Terutamanya ketika bersin, disunatkan merendahkan nada bersin dan menutup muka sebagaimana perbuatan Rasulullah s.a.w. meninggikan suara ketika berhajat seperti azan, peperangan, dan kebakaran serta seumpamanya dibolehkan.

6. al-Awzaiy daripada Musa ibn Sulayman daripada al-Qasim ibn Mukhaymarah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, ”wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

7. wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

8. wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

9. janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

10. ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada muluk orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

11. wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

12. wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

13. Wahai anakku, jauhilah engkau daripada terlalu suka kerana kesukaan menjauhkan seseorang dengan saudaranya, dan melenyapkan kebijaksanaan sebagaiman lenyapnya kesukaan. Wahai anakku, jauhilah kemarahan yang keterlaluan membinasakan hati-hati orang yang bijaksana.

14. Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

15. Wahai anakku janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.”

16. anakku, pertuturanmu hendaklah baik, wajahmu hendaklah manis, sayangilah orang yang suka bersedekah.

17. Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

JADIKANLAH IA SEBAGAI PANDUAN, SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENILAI SESEORANG HAMBA ITU MELALUI RUPA PARAS ATAU BENTUK FIZIKAL, TETAPI ALLAH MENILAI SIFAT TAKWANYA YANG TINGGI..

SIAPA LUQMAN AL-HAKIM YANG ANDA TAHU??

D i petik daripada Kitab Bidayah wa al-Nihayah (jilid II, halaman 125-130)
Karangan Ibn Kathir.

Beliau ialah Luqman ibn Anqa’ ibn Saduun. Ada yang menyebut Luqman Ibn Tharan. Al-Suhailiy ada menceritakan tentang Luqman melalui ibn Jarir dan al-Qutaybiy. Menurut al-Suhailiy, Luqman merupakan wakil rakyat bagi penduduk-penduduk Aylah. Penulis berpendapat bahawa beliau merupakan seorang lelaki yang soleh, yang gemar beribadah dan memiliki hikmat-hikmat yang besar. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa beliau ialah seorang qadi pada zaman Nabi Dawud a.s. Al-Abbas berkata bahawa beliau seorang hamba berbangsa Habsyi yang bekerja sebagai tukang kayu.

Yahya ibn Said al-Ansariy telah berkata daripada Said ibn Musayyab yang mengatakan bahawa Luqman berasal dari Sudan, Mesir. Beliau mempunyai bibir seperti unta, dan Allah taala telah menganugerahkan kebijaksanaan (hikmat) kepadanya yang bertaraf rendah daripada seorang nabi. Al-A’mash telah berkata daripada Mujahid, Luqman seorang hamba berkulit hitam, kedua-dua bibirnya besar dan pecah-pecah kakinya. Satu riwayat lain mengatakan kakinya lebar kedua-dua belah.

Daripada Abu Darda yang telah bercerita tentang Luqman al-Hakim, katanya. ”Luqman tidak dikurniakan keluarga dan harta. Tetapi beliau seorang lelaki yang memendam kemarahan, berfikiran panjang, jauh pandangan, dan tidak tidur pada waktu siang. Tidak seorangpun yang pernah melihat beliau meludah, berdehem, membuang air kecil, membuang air besar, mandi, melakukan sesuatu yang sia-sia dan ketawa. Setiap pertuturannya mengandungin hikmah. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak tetapi kesemuanya meninggal dunia. Beliau tidak meratapi pemergian anak-anaknya. Para pembesar dan pemerintah menjadikan dia sebagai tempat rujukan.”

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Luqman telah dianugerahkan taraf kenabian. Tetapi beliau bimbang tidak dapat memikul amanah tersebut, akhirnya beliau telah memilih kebijaksaaan kerana tanggungjawabnya lebih ringan. Ini merupakan riwayat Qatadah. Menurut pendapat jumhur yang masyhur, Luqman seorang yang sangat bijaksana, seorang ketua dan bukan seorang nabi. Allah s.w.t telah memuji beliau di dalam al-Quran dan menceritakan tentang nasihatnya kepada anaknya yang sangat dicintai.

Sabtu, 28 Mac 2009

Awas!! wahai umat Islam

MAKLUMAT NI SAYA DAPAT DARI SEORANG SAHABAT YG DIHANTAR MELALUI EMEL SAYA:

Assalamualaikum, Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia
1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection)

Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian.. Sumber asal

POLIGAMI MENURUT PANDANGAN ISLAM

Setelah meneliti lembaran sejarah sejak dahulu sehingga kini dan melihat masyarakat di dunia pada masa kini satu kesimpulan telah dibuat bahawa poligami merupakan fitrah semula jadi manusia. Ia merupakan fenomena alam dan adat resam yang sama sekali tidak dapat dihapuskan. Walaupun ianya ditentang oleh kebanyakan wanita, tetapi ia tetap suatu hukum syariat yang telah di halalkan oleh Islam. Penentangan kaum wanita adalah kerana mereka melihat kebanyakan kaum lelaki yang berpoligami tidak dapat memberi keadilan kepada Isteri, ini berlaku kerana perkahwinan yang dilakukan adalh bukan berdasarkan syariat dan mengikut sunnah yang telah di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w. mereka berpoligami adalah kerana berlandaskan hawa nafsu semata-mata.

Islam sebagai agama terakhir dan kesempurnaannya mengharuskan poligami. Islam telah menyempurnakan segala perkara untuk kepentingan dan kebahagiaan masyarakat serta bertepatan dengan fitrah semula jadi manusia sebab itulah Islam dinamakan agama fitrah kerana perundangannya meliputi setiap aspek kehidupan manusia dari sebesar-besar perkara sehingga kepada sekecil-kecilnya, semua itu diambil kira oleh Islam..
Masyarakat seluruh dunia seharusnya bersyukur kepada Islam berkaitan poligami ini. Hal ini bermula daripada hakikat bahawa Islamlah yang mengawal, mengatur dan menyusun kembali sistem poligami sehingga peraturan yang disediakan oleh Islam berkaitan dengan poligami itu lengkap dan memberikan keadilan kepada setiap yang terlibat sama ada suami atau isteri-isteri.

Islam adalah agama sederhana ia tidak menghalalkan seseorang lelaki mengikut hawa
nafsunya sehingga berkahwin sampai berpuluh malah beratus orang. Ia juga tidak membataskan seseorang lelaki itu berkahwin tidak lebih dari seorang. Cara yang diambil oleh Islam ialah empat. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran:

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(Surah an-Nisa’:ayat 3)

Abu Urwah yang menghimpunkan pendapat beberapa ulamak fikah seperti Dr. Mohammad Yusof al-Qardawi, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat bahawa walaupun ayat di atas jelas menghalalkan poligami tetapi mereka masih bersepakat mengatakan ia diharuskan atau dihalalkan. Ditegaskan lagi oleh Abu Urwah ia tidak wajib atau tidak sunat.

Implikasi daripada pendapat tersebut walaupun poligami itu dihalalkan ia tidak boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya bukan sesiapa sahaja yang boleh berpoligami sebaliknya seseorang yang ingin berpoligami mestilah mempertimbangkan beberapa perkara dan mengukur kemampuannya, kalau tidak poligami merupakan satu beban yang bukan menyelesaikan masalah masyarakat, malahan menimbulkan masalah baru.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :
i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.

Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al-‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 129 :

129. Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama. Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

4. Adil Dalam Giliran Bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya,afhumnya :“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”. (Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :Mafhumnya :
“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah
bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

5. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :Mafhumnya :“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.

Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

Selasa, 24 Mac 2009

asif jiddan a'la sohabat liannani i forget my password..hehe.baru je dapat buka balik..