Jumaat, 15 Mei 2009

ALHAMDULILLAH....SYUKURKU KEPADAMU YA ALLAH..


Alhamdulillah, sekali lagi aku mengucap syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Hari ini telah ku sempurnakan tugas terakhir sepanjang pengajian selama 3 tahun. Pada jam 2.00 ptg tadi aku bergegas ke rumah Ustzah Roziah sidik, penyelia projek ilmiah untuk menghantar hasil penulisanku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ustazah yang banyak membantu. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat baik dan mengambil berat kepada pelajarnya. Aku cukup kagum dengan sikapnya yang amat bertanggung jawab. Semoga jasa ustazah diberkati Allah.

Penulisan projek ilmiahku sedikit sebanyak menambah pengetahuanku tentang sirah junjungan besar Rasulullah s.a.w. Penulisanku bertajuk “Fath Makkah dan Kesannya Terhadap Agama dan Politik”. Pada asalnya tajuk yang diberikan oleh ustazah kepadaku ialah “Peranan Bahasa Arab dalam perkembangan Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam”. Namun tajuk tersebut mempunyai masalah bahan yang tidak mengcukupi dan beberapa masalah tertentu. Lalu aku memilih sirah untuk dijadikan tajuk untuk dikaji. Walaupun sesetengah orang memandang lekeh kerana memilih tajuk tersebut, seolah-olah tajuk tersebut tidak mencabar bagi pandangan mereka.

Namun aku tetap memilih tajuk tersebut, tujuanku memilih sirah junjungan besar Rasulullah s.a.w adalah untuk lebih mendalami dan mengetahui perjalanan hidup baginda. Setelah dikaji dan diselami kisah Fath Makkah baru aku mengetahui secara ditil kisah tersebut. Amatku kagum dengan kebijaksanaan baginda s.a.w terutama dalam Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun Perjanjian Hudaibiyyah menyebelahi kafir Qurasiy, namun baginda tetap bersetuju, persetujuan baginda adalah kerana baginda melihat bahawa perjanjian tersebut merupakan pembuka kepada jalan dakwah untuk menyebarkan Islam. Persetujuan baginda telah menimbulkan pertanyaan kepada sahabat-sahabat baginda, mereka tidak boleh menerima perjanjian tersebut kerana perjanjian tersebut seolah-olah menghina Islam. Namun persetujuan tersebut mempunyai hikmah dan manfaat yang amat besar kepada Islam.

Kebijaksaan baginda s.a.w membuatkanku cukup kagum dan menambah kerinduanku kepada baginda. Kadang-kadang sambil membaca sirah baginda sambil diri ini menitiskan air mata kerana kagum dengan ketabahan dan sifat sabar baginda yang cukup tinggi. Kezuhudan baginda ketika memasuki kota Makkah sehingga janggut baginda tersentuh dengan pelana unta, tunduk baginda menandakan rendah diri kepada Penciptanya yang Maha Agung. Semoga hidup kita sentiasa mengikuti sunnah baginda s.a.w. Jadikanlah sirah baginda dan para sahabat sebagai panduan dalam menjalani hidup, ia ibarat cermin pandang belakang, untuk terus kedepan kita harus melihat kebelakang agar berjalan dilandasan yang betul dan tidak tertipu dengan musuh-musuh Islam.

Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi belum menyiapkan penulisan projek ilmiah. Teruskan berusaha, ikhlaskan niat, semoga setiap patah perkataan yang ditulis menjadi manfaat bagi kita dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. TERUSKAN PERJUANGAN. KU DOAKAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH URUSAN KALIAN...


2 Comments:

Has88 said...

amboi..dah siap la ni ye tesis...huhu..akak da nok kelik kelate ko..huk huk sedh...upta yng ku senangi...

matgeo said...

tahniah coz da siap tesis..smg berjaya di hari yg mendatang