Isnin, 19 Disember 2011

PEMERGIAN ORANG TERSAYANG


Tanggal 11/12/11 (AHAD)/15 Muharam 1432H, Tepat pukul 1ptg, ayahanda tersayang telah menghembuskan nafas terakhir untuk mengadap ilahi. pemergiannya ditangisi oleh anak-anak,isteri dan keluarga. jasanya terhadap kami cukup besar dalam mendidik dan memberi kasih sayang yang sempurna sehingga kami membesar dengan didikan agama dan akhlak yang baik. beliau telah mengorbankan harta dan tenaga demi mencari sesuap nasi dan perbelanjaan bagi membiayai pendidikan kami adik beradik.

Bapa dan Ibuku yang tersayang,

kami cukup kagum dengan kehebatanmu dalam mendidik anak-anak. walaupun dikau bukanlah seorang yang kaya raya, namun dikau tidak mengabaikan pendidikan anak-anak. dikau sanggup meredah panas mentari menanam tembakau demi kami anak-anakmu. Semoga segala jasa dan pengorbananmu selama ini dinilai disisi Allah. Kami tidak mampu membalas jasa dan pengorbananmu membesarkan kami, namun kami akan berusaha membalas jasamu selagi kami mampu dan masih bernafas, akan kami turuti suruhanmu dan kami ikuti kehendakmu.

YA ALLAH YA TUHANKU,

Aku bermohon kepadamu, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil, tempatkan bapaku Ya Allah dikalangan orang-orang yang Engkau Redhai, jadikanlah kuburnya salah satu dari taman-taman syurga, jangan engaku jadikan kuburnya salah satu dari lubang-lubang neraka. Pengorbanan kedua ibu bapa kami cukup besar Ya Allah dalam mendidik dan membesarkan kami sehingga kami menjadi orang yang taat kepadaMU. Ya Allah Engkau panjangkanlah usia Ibu kami, kerana akan hilanglah satu keberkatan dan satu doa yang mustajab bila matinya kedua ibu bapa. maka Engkau panjangkanlah usia Ibu Kami supaya masih ada lagi doa-doa yang mustajab untuk kami.

YA ALLAH YA TUHANKU,

sekiranya kehidupan itu lebih baik bagi kami maka Engkau panjangkanlah usia kami dan Engkau lindungilah kami dari kemaksiatan, kemungkaran, dari sifat-sifat yang keji, dari kejahatan syaitan dan makhluk yang Engkau ciptakan. Jadikanlah kami termasuk dalam golongan hambaMu yang sentiasa bersyukur dan taat dengan perintahMu, jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Ya Allah sekiranya kematian itu baik bagi kami maka Engkau matikanlah kami dalam Husnul khatimah, dalam keadaan hati-hati kami sedang mengingatiMu dan lidah-lidah kami sedang menyebut namaMu. Ya Allah kepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan, dan kepadaMu jua kami serahkan segala urusan.

Selasa, 1 November 2011

KORBAN KERANA ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang Ibadah Korban.

Setelah kita melalui hari-hari dalam kehidupan kita, tanpa disedari kita telah berada di penghujung Bulan Islam 1342H, iaitu Bulan Zulhijjah. Pada bulan ini semua umat Islam bergembira dengan Ibadah haji (bagi yang diberi peluang oleh Allah) dan juga Ibadah Korban. seharusnya kita mensyukuri nikmat Iman dan Islam, nikmat rezki dan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Berbalik kepada ibadah korban, ia merupakan sunat muakkad (yang sangat dituntut) untuk melakukannya. Ibadah korban sentiasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Korban memerlukan keikhlasan hati setiap orang yang menjalani ibadah ini kerana ia akan dipersembahkan kepada Allah Taala..justeru ia mestilah bersih dari sifat-sifat keji yang boleh merosakkannya. Hal ini boleh kita lihat bagaimana ibadah korban antara Habil dan Qabil. Korban Habil diterima oleh Allah s.w.t kerana Habil telah memilih binatang ternaknya yang paling baik tetapi korban Qabil tidak diterima oleh Allah kerana ia memilih hasil tanamannya yang tiada mutu. inilah korban pertama dalam sejarah manusia. disamping itu kita selalu mendengar kisah korban Saidina Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk mengorbankan putera kesayangannya. kisah-kisah ini bukan sahaja untuk menyedapkan telinga mendengar bahkan ia menjadi pedoman dan pengajaran bagi kita hari ini.

Bagi sesiapa yang ingin berkorban disunatkan baginya menyembelih sendiri binatang korban, tetapi jika tidak mampu memadai untuk melihat proses penyembelihan dan memohon doa disaat titisan darah yang pertama. mengikut pendapat jumhur ulama' daging korban disunatkan kita membahgikan kepada 3 bahagian. (1/3 untuk dimakan, 1/3 untuk diberikan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga atau sahabat handai walaupun mereka kaya). tetapi peliknya masyarakat kita hari ini berkorban tetapi dagingnya tidak dibahagi-bahagikan tetapi disimpan didalam peti sejuk untuk dijadikan bekal akan datang... apa gunanya kita berkorban jika sedimikian. Korban adalah untuk kita mengembirakan hati orang-orang miskin supaya merasai nikmatnya daging dari pemberian orang kaya dan mengeratkan hubungan kita sesama insan.

justeru itu, semoga setiap ibadah yang kita lakukan hendaklah berpaksikan kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan ibadah kita diterima olehNya.

SELAMAT BERKORBAN, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

Rabu, 9 Februari 2011

Manisnya Tahajud | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Manisnya Tahajud | iluvislam.com + discover the beauty of islam