Selasa, 23 Februari 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN..


Dikesempatan yang diberikan oleh Allah ini saya manfaatkan sedikit masa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian...

Dunia kampus telah saya tamatkankan beberapa bulan yang lalu...bergelumang dengan dunia nyata yang memenatkan mata memandang dan akal untuk berfikir, masyarakat kita pada hari ini yang semakin hari semakin sibuk dengan dunia dan meninggalkan tanggung jawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi..

Bila bersama masyarakat samada kg atau bandar...hati ini begitu sedih melihat muda mudi sekarang...tiada lagi maruah dan akhlak terpuji pada diri mereka..boleh dikatakan kebanyakan remaja lelaki menghisap rokok dan menelan benda-benda haram seperti pil kuda, dadah, arak dan sbgainya..manakala yang perempuan pula dengan keadaan yang serabut mata bila melihat kepada tubuh badan mereka, berpakaian (yang mengikut tren sekarang pada anggapan mereka) yang terdedah sana sini..kalau dulu kita lihat hanya orang-orang miskin sahaja yang berpakaian compang camping dan koyak rabak.. tapi sekarang mereka mengambilnya sebagai tren berpakaian zaman moden..

Alangkah sedihnya bila kita dengar anak-anak muda yang masih bersekolah mengandung!!! melahirkan anak., ditangkap basah, mencuri, memecah masuk rumah orang-orang kampung..kenapa dengan mereka???apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? adakah kerana ibu bapa mereka tidak mendidik anak-anak dengan betul??atau mereka yang diberi pendidikan tetapi menggunakan hawa nafsu mereka untuk memerintah diri mereka....


Dunia moden yang begitu mencabar!!! mencabar ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka, mencabar para imam untuk mendidik anak mukim mereka, mencabar para guru untuk mendidik pelajar-pelajar mereka...dunia tanpa batasan..maksiat dimana-mana, di dalam rumah (telivisyen, internet,handphone), di luar rumah yang pelbagai jenis maksiat berlaku di depan mata..(dedah aurat, bonceng sana sini, dadah, pil) dan sebagainya..semakin hari hati-hati mereka semakin jauh dengan Tuhan...

Kenapa masyarakat kita jadi begini? apa tindakan yang harus kita lakukan? sama-sama kita fikirkan. hari ini perkara sebegini bukan lagi hanya menjadi tanggung jawab ibu bapa semata-mata..tapi semua bahu akan mimukul beban ini.. semua kita bertanggung jawab... Allah tidak akan menurunkan bala hanya kepada mereka yang melakukan maksiat..tapi Allah akan menurunkannya kepada negeri atau daerah yang didalamnya terdapat maksiat...

Sama-sama kita renungkan dan ikhtiar sambil memohon kepada Pencipta Kita agar masyarakat kita kembali kepada Islam..ISLAM ITU INDAH...




2 Comments:

ana solehah said...

aslkm akak.. sy ad ramai kwn tahfiz. Ada di antara mereka(lelaki) yg gatal. Ramai kwn perempuan. Selalu call perempuan. Ad yang bercouple n menyentuh tgn perempuan. Sepatutnya org seperti mereka tidak bersikap sebegitu...

maghfirah ilahi said...

waalailummussalam.
syukran jiddan kerana sudi berkongsi..begitulah masyarakat kita hari ini. ada ilmu tetapi tidak mahu beramal. imam al-Syafie berkata "ilmu tanpa amal suatu kegilaan dan amal tanpa ilmu suatu yang sia-sia"
semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.