Selasa, 7 April 2009

MENGENAL TOKOH PEMUSNAH AGAMA..

KAMAL ATATURK

Kamal Ataturk adalah pengasas negara Turki moden yang dilahirkan di Salonika, sebuah bandar dalam wilayah Macedonia, yang ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Beliau dilahirkan pada tahun 1881 M. Namun demikian tiada terdapat dokumen rasmi yang tercatat mengenai tarikh sebenar kelahiran beliau. Dalam hal ini, jika mengikut tradisi Turki, pada hujung abad ke -19, setiap anak yang dilahirkan, nama mereka akan tercatat di dalam naskah al-Quran keluarga. Namun keadaan sedemikian tidak berlaku kepada Ataturk. Apabila beliau menjadi presiden Republik Turki, beliau diminta memaklumkan tarikhnya untuk dimuatkan dalam sebuah buku ensiklopedia negara asing, beliau memilih tarikh 19 Mei iaitu hari beliau mendarat di Samsun, tempat dimana beliau mula melancarkan perjuangan pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.


Zubeyde pula bonda kepada Musataffa, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustaffa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustaffa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustaffa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Pada peringkat awal, Mustaffa telah mendapat pendidikan di sekolah rendah. Berikutnya, beliau telah memasuki sekolah tinggi dan kemudiannya tanpa persetujuan ibunya, beliau memasuki sekolah ketenteraan. Semasa di sekolah ketenteraan itu, beliau telah menunjukkan kebolehan sebagai seorang pemimpin dan dengan itu telah diberi gelaran “Kamal” (sempurna) oleh gurunya. Sejak itulah beliau dikenali sebagai Mustaffa Kamal. Pada kala itu juga, perhubungan antara Mustaffa dan ibunya menjadi semakin renggang, malah menurut H.C. Armstrong, seorang pengarang berketurunan Inggeris, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengejar wanita genit atau bertandang ke rumah pelacuran. Dalam pada itu, menurut Armstrong lagi, beliau pernah menghabiskan masanya bergaul dengan beberapa orang sami Dominican (Dominican monks).
.
Berikutnya, oleh kerana kecekapannya, beliau telah dilantik sebagai Leftenan Muda dan dihantar untuk bertugas di Maktab Pegawai Tentera (Staff College) di Istanbul. Semasa di sana, beliau telah ditangkap oleh pihak Uthmaniyyah kerana terlibat dalam satu komplot untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid ll. Sebagai hukuman, beliau telah dibuang daerah ke Damsyik, ibu negeri Syria. Tetapi secara senyap-senyap beliau telah kembali ke Salonika dan menyertai Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP) yang memudahkannya dilantik sebagai seorang pegawai tentera. Setelah itu, melalui kegiatan CUP, Abdul Hamid ll telah digulingkan pada tahun 1909 M. Ekoran daripada itu Rejim Turki Muda telah ditegakkan.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai arak dan juga mengunjungi rumah pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”.

0 Comments: