Selasa, 25 November 2008

NASIHAT BUAT MUSLIMAT

MUSLIMAT SEJATI

"Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhansudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......Saudariku.....saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan danmujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengannafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebihlagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darahmudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmuhendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimuuntuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allahtelah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengansentuhan lembut tangan mu.....Saudariku...Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yang hak dan yang batilapabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidakkerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dankasih pada penciptamu............Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membinasahsiah muslimahmu.....Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampubertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufiiaitu Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yangabadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itutidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkankebahagiaan dan kenikmatan yang kekalabadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itusendiri."ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA....

1 Comment:

sun mei cool said...

salam...

terima kasih la tulis ttg perkara2 ttg isu2 perempuan lg2 hal2 cinta dan aurat. bg saya mmg wajib setiap pompuan jage semua perkara2 tu terutamanya dr kaum2 lelaki.... skang nih pon payah daa nk cari pompuan btui2 pior menjaga imannya...


saya nak cite kat aWak r pasal ade la kawan saya ni (pompuan), seorg player futsal... kami same2 satu team futsal dan selalu gak pi tournament mane2 kelab & universiti..


rasa bersalah nye saya ni coz kawan saya ni x pakai tudung.. tapi saya x tau r cara nak nasihatkan die utk pakai tudung...

kawan saya ni pernah kata, pompuan skang ni pakai tudung ke atau x pakai tudung ke, same jeeee.... ade pompuan pakai tudung pi merempit ngan boypren die...

yg ke 2,
die pernah cakap gak kat saya ade org yg mengata/ mengumpat die pasal x pakai tudung tapi die cakap dosa paling besar ialah mengumpat.. biarlah x pakai tudung asalkan x mengumpat org...

jadi, bile kawan saya cakap begitu, saya jadi mati akal nak menyusun kata2 dakwah kepadanya utk kembali ke landasan yg betul.... memandangkan saya ni dari sekolah agama, sepatutnya mmg jadi tanggungjawab saya utk menjelaskan lagi hukum2 islam ni tetapi apa kan daya iman saya dah jatuh ke tempat ketiga iaitu menegur org dalam hati je......


lagi pon saya ni player futsal gak tapi tetap m'jaga batas2 p'gaulan, jaga aurat & sebagainya apa yg dituntut dlm islam tetapi LAYAK KAH SAYA NAK MENASIHATKAN KAWAN SAYA INI MEMANDANGKAN SAYA NI BERMAIN FUTSAL GAK DAN SESETENGAH ORG ADE YG BERANGGAPAN X SESUAI DI MAINKAN OLEH POMPUAN????????????

so, ble x awak reply saya punye mesej ni... saya mahu pendapat awak laaaa........