Selasa, 1 November 2011

KORBAN KERANA ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang Ibadah Korban.

Setelah kita melalui hari-hari dalam kehidupan kita, tanpa disedari kita telah berada di penghujung Bulan Islam 1342H, iaitu Bulan Zulhijjah. Pada bulan ini semua umat Islam bergembira dengan Ibadah haji (bagi yang diberi peluang oleh Allah) dan juga Ibadah Korban. seharusnya kita mensyukuri nikmat Iman dan Islam, nikmat rezki dan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Berbalik kepada ibadah korban, ia merupakan sunat muakkad (yang sangat dituntut) untuk melakukannya. Ibadah korban sentiasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Korban memerlukan keikhlasan hati setiap orang yang menjalani ibadah ini kerana ia akan dipersembahkan kepada Allah Taala..justeru ia mestilah bersih dari sifat-sifat keji yang boleh merosakkannya. Hal ini boleh kita lihat bagaimana ibadah korban antara Habil dan Qabil. Korban Habil diterima oleh Allah s.w.t kerana Habil telah memilih binatang ternaknya yang paling baik tetapi korban Qabil tidak diterima oleh Allah kerana ia memilih hasil tanamannya yang tiada mutu. inilah korban pertama dalam sejarah manusia. disamping itu kita selalu mendengar kisah korban Saidina Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk mengorbankan putera kesayangannya. kisah-kisah ini bukan sahaja untuk menyedapkan telinga mendengar bahkan ia menjadi pedoman dan pengajaran bagi kita hari ini.

Bagi sesiapa yang ingin berkorban disunatkan baginya menyembelih sendiri binatang korban, tetapi jika tidak mampu memadai untuk melihat proses penyembelihan dan memohon doa disaat titisan darah yang pertama. mengikut pendapat jumhur ulama' daging korban disunatkan kita membahgikan kepada 3 bahagian. (1/3 untuk dimakan, 1/3 untuk diberikan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga atau sahabat handai walaupun mereka kaya). tetapi peliknya masyarakat kita hari ini berkorban tetapi dagingnya tidak dibahagi-bahagikan tetapi disimpan didalam peti sejuk untuk dijadikan bekal akan datang... apa gunanya kita berkorban jika sedimikian. Korban adalah untuk kita mengembirakan hati orang-orang miskin supaya merasai nikmatnya daging dari pemberian orang kaya dan mengeratkan hubungan kita sesama insan.

justeru itu, semoga setiap ibadah yang kita lakukan hendaklah berpaksikan kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan ibadah kita diterima olehNya.

SELAMAT BERKORBAN, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..