Selasa, 23 November 2010

HATI YANG INGAT MATI AKAN SENTIASA HIDUP

Tujuan Ibadah untuk membersihkan hati, seluruh amal ibadat dalam Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.

1. SOLAT : tujuannya adalah untuk mengingati Allah, ingat Allah adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri sehingga timbul rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada Allah dalam hati. Firman Allah dalam surah Taha:14 "dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu".

2. PUASA: Tujuannya adalah untuk melahirkan sifat takwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum hakam Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat: 13 " Sesungguhnya manusia yang mulia disisiKu ialah mereka yang bertakwa".

3. ZAKAT : Tujuannya adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. sasarannya adalah untuk melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri sendiri. dengan kebersihan diri dan harta itu akan bersihlah hati seseorang dari kekotoran sifat mazmumah.

4. HAJI : Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah. penyerahan diri dan ibadahnya semata-mata untuk Allah.

5. KORBAN : tujuan penyembelihan bintang korban adalah merupakan penyembelihan rasa cinta selain Allah dalam hati manusia kepada hanya mencintai Allah.

dipetik dari solusi isu 4.

Sabtu, 9 Oktober 2010

SEKSAAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Semasa di Dunia

Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:

1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.

6.Doanya tertolak ,Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam, Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”


Semasa Hampir Ajal

Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:

1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.

Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu.

Semasa Bertemu Tuhannya

Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.

Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.

Kisah Pengajaran

Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.

1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.

3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa”

SEMOGA IA MENJADI IKTIBAR BUAT SEMUA, TAKUTLAH AZAB ALLAH DAN BERTAUBATLAH SELAGI KITA DIBERI PELUANG UNTUK HIDUP..TIADA LAGI PENYESALAN SETELAH TUBUH MENJADI KAKU..

Khamis, 22 Julai 2010

salam Sya'ban

assalamualaikum..

setelah sekian lama tidak diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua..tanpa disedari kita telah hampir kepada bulan Ramadhan.. hari demi hari dan bulan demi bulan tanpa disedari masa berlalu begitu pantas. sebelum ramadhan menghampiri marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Sya'ban. hari ini sedikit perkongsian tentang fadhilat berpuasa pada bulan Sya'ban:

fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Syaban adalah terlalu besar. Rasulullah s.a.w telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut. Sayyidatina Aisyah r.a meriwayatkan:

"saya tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa sehingga saya mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa, dan saya tidak melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa didalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda dalam bulan Sya'ban." (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusuf)

PUASA HARI ISNIN:

daripada Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a yang bermaksud "sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam Bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya".

PUASA HARI KHAMIS:

mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya'ban dan Khamis terakhir bulan Sya'ban akan dimasukkan ke dalam syurga.

PUASA SEHARI:

Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.

PUASA TIGA HARI:

Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat ke atas Nabi saw sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezkinya.

PUASA SEBULAN:

Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan pada bulan Sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

selain daripada berpuasa masih banyak lagi amalan-amalan sunat yang boleh kita amalkan, semoga segala usaha kita kearah kebaikan akan mendapat ganjaran daripada Allah taala.

"selamat menyambut nisfu sya'ban"

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Guru ibarat mentari yang menyinari..sentiasa tersenyum walau pahit terasa demi kejayaan setiap insan yang bergelar pelajar..setiap titis dakwat pena mereka adalah untuk pelajar, setiap patah perkataan adalah untuk pelajar, semua perkara adalah untuk kebaikan pelajarnya...semoga segala pengorbanan yang diberikan mendapat reda dan keberkatan dari Allah swt.

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada saya semenjak dari sekolah rendah sehingga ke Universiti...tidak lupa juga kepada semua sahabat-sahabat yang telah bergelar seorang guru dan yang bakal menjadi seorang guru, semoga jasa guru-guru yang telah dicurahkan mendapat keberkatan dan balasan dari Allah taala...

Selasa, 23 Februari 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN..


Dikesempatan yang diberikan oleh Allah ini saya manfaatkan sedikit masa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian...

Dunia kampus telah saya tamatkankan beberapa bulan yang lalu...bergelumang dengan dunia nyata yang memenatkan mata memandang dan akal untuk berfikir, masyarakat kita pada hari ini yang semakin hari semakin sibuk dengan dunia dan meninggalkan tanggung jawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi..

Bila bersama masyarakat samada kg atau bandar...hati ini begitu sedih melihat muda mudi sekarang...tiada lagi maruah dan akhlak terpuji pada diri mereka..boleh dikatakan kebanyakan remaja lelaki menghisap rokok dan menelan benda-benda haram seperti pil kuda, dadah, arak dan sbgainya..manakala yang perempuan pula dengan keadaan yang serabut mata bila melihat kepada tubuh badan mereka, berpakaian (yang mengikut tren sekarang pada anggapan mereka) yang terdedah sana sini..kalau dulu kita lihat hanya orang-orang miskin sahaja yang berpakaian compang camping dan koyak rabak.. tapi sekarang mereka mengambilnya sebagai tren berpakaian zaman moden..

Alangkah sedihnya bila kita dengar anak-anak muda yang masih bersekolah mengandung!!! melahirkan anak., ditangkap basah, mencuri, memecah masuk rumah orang-orang kampung..kenapa dengan mereka???apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? adakah kerana ibu bapa mereka tidak mendidik anak-anak dengan betul??atau mereka yang diberi pendidikan tetapi menggunakan hawa nafsu mereka untuk memerintah diri mereka....


Dunia moden yang begitu mencabar!!! mencabar ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka, mencabar para imam untuk mendidik anak mukim mereka, mencabar para guru untuk mendidik pelajar-pelajar mereka...dunia tanpa batasan..maksiat dimana-mana, di dalam rumah (telivisyen, internet,handphone), di luar rumah yang pelbagai jenis maksiat berlaku di depan mata..(dedah aurat, bonceng sana sini, dadah, pil) dan sebagainya..semakin hari hati-hati mereka semakin jauh dengan Tuhan...

Kenapa masyarakat kita jadi begini? apa tindakan yang harus kita lakukan? sama-sama kita fikirkan. hari ini perkara sebegini bukan lagi hanya menjadi tanggung jawab ibu bapa semata-mata..tapi semua bahu akan mimukul beban ini.. semua kita bertanggung jawab... Allah tidak akan menurunkan bala hanya kepada mereka yang melakukan maksiat..tapi Allah akan menurunkannya kepada negeri atau daerah yang didalamnya terdapat maksiat...

Sama-sama kita renungkan dan ikhtiar sambil memohon kepada Pencipta Kita agar masyarakat kita kembali kepada Islam..ISLAM ITU INDAH...




Selasa, 2 Februari 2010

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum...

setelah lama tidak berceloteh dan mengedit blog.. ari ni diberi kesampatan untuk menulis.
di kesempatan ini saya memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat dan mengunjung yang sudi singgah kerana blog saya sekian lama menyepi..bukan tak de idea tapi tak berkesempatan..insya Allah akan di update tak lama lagi..

kpd sahabat-sahabat seperjuangan ana yang baru dapat kerja, ana ucapkan tahniah..semoga pekerjaan kita menjadi ibadah buat kita..Baarakallah alaikum jamiiann.

k, jumpe lagi..