Khamis, 22 Julai 2010

salam Sya'ban

assalamualaikum..

setelah sekian lama tidak diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua..tanpa disedari kita telah hampir kepada bulan Ramadhan.. hari demi hari dan bulan demi bulan tanpa disedari masa berlalu begitu pantas. sebelum ramadhan menghampiri marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Sya'ban. hari ini sedikit perkongsian tentang fadhilat berpuasa pada bulan Sya'ban:

fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Syaban adalah terlalu besar. Rasulullah s.a.w telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut. Sayyidatina Aisyah r.a meriwayatkan:

"saya tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa sehingga saya mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa, dan saya tidak melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa didalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda dalam bulan Sya'ban." (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusuf)

PUASA HARI ISNIN:

daripada Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a yang bermaksud "sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam Bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya".

PUASA HARI KHAMIS:

mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya'ban dan Khamis terakhir bulan Sya'ban akan dimasukkan ke dalam syurga.

PUASA SEHARI:

Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.

PUASA TIGA HARI:

Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat ke atas Nabi saw sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezkinya.

PUASA SEBULAN:

Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan pada bulan Sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

selain daripada berpuasa masih banyak lagi amalan-amalan sunat yang boleh kita amalkan, semoga segala usaha kita kearah kebaikan akan mendapat ganjaran daripada Allah taala.

"selamat menyambut nisfu sya'ban"

0 Comments: