Ahad, 3 Mei 2009

ADA APA PADA JIRANMU??


PAHALA BANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah Mubarak mengerjakan haji, dia tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi dua malaikat turun dari langit lalu satu berkata kepada yg lain, “berapa ramai orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”. Jawab yg lain “enam ratus ribu.” Lalu ia bertanya lagi “berapa ramai yang diterima?” jawabnya “tidak seorang pun yang diterima melainkan seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffak, dia tidak dapat menunaikan haji tetepi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima kerana berkat hajinya.

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapan itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffak itu sehingga ia sampai ke rumah Muwaffak itu. Dan ketika diketuk pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu “Muwaffaq” Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “ kebaikan apakah yang engkau lakukan sehinggakan mencapai darjat yang sedemikian itu?” jawab Muwaffak “sememangnya aku hendak mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana keadaanku. Tidak disangka-sangka aku mendapat wang tiga ratus dirham hasil pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedangkan isteriku pula hamil. Suatu hari dia tercium bau harum dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita itu.

Jawab jiranku "aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa untuk di masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk kamu.” Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembalikan ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan aku serahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi”

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah s.a.w ada di tanya, “ya Rasulullah tunjukkan kepadaku amal perbuatan yang apabila aku amalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah s.a.w “ jadilah kamu orang yang baik” orang itu bertanya lagi, “ ya Rasulullah, bagaimana akan ketahui bahawa aku akan berbuat baik?” jawab baginda “tanyakan pada jiran tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka kata engkau jahat maka engkau benar-benar jahat.”

0 Comments: