Jumaat, 15 Mei 2009

ALHAMDULILLAH....SYUKURKU KEPADAMU YA ALLAH..


Alhamdulillah, sekali lagi aku mengucap syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Hari ini telah ku sempurnakan tugas terakhir sepanjang pengajian selama 3 tahun. Pada jam 2.00 ptg tadi aku bergegas ke rumah Ustzah Roziah sidik, penyelia projek ilmiah untuk menghantar hasil penulisanku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ustazah yang banyak membantu. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat baik dan mengambil berat kepada pelajarnya. Aku cukup kagum dengan sikapnya yang amat bertanggung jawab. Semoga jasa ustazah diberkati Allah.

Penulisan projek ilmiahku sedikit sebanyak menambah pengetahuanku tentang sirah junjungan besar Rasulullah s.a.w. Penulisanku bertajuk “Fath Makkah dan Kesannya Terhadap Agama dan Politik”. Pada asalnya tajuk yang diberikan oleh ustazah kepadaku ialah “Peranan Bahasa Arab dalam perkembangan Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam”. Namun tajuk tersebut mempunyai masalah bahan yang tidak mengcukupi dan beberapa masalah tertentu. Lalu aku memilih sirah untuk dijadikan tajuk untuk dikaji. Walaupun sesetengah orang memandang lekeh kerana memilih tajuk tersebut, seolah-olah tajuk tersebut tidak mencabar bagi pandangan mereka.

Namun aku tetap memilih tajuk tersebut, tujuanku memilih sirah junjungan besar Rasulullah s.a.w adalah untuk lebih mendalami dan mengetahui perjalanan hidup baginda. Setelah dikaji dan diselami kisah Fath Makkah baru aku mengetahui secara ditil kisah tersebut. Amatku kagum dengan kebijaksanaan baginda s.a.w terutama dalam Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun Perjanjian Hudaibiyyah menyebelahi kafir Qurasiy, namun baginda tetap bersetuju, persetujuan baginda adalah kerana baginda melihat bahawa perjanjian tersebut merupakan pembuka kepada jalan dakwah untuk menyebarkan Islam. Persetujuan baginda telah menimbulkan pertanyaan kepada sahabat-sahabat baginda, mereka tidak boleh menerima perjanjian tersebut kerana perjanjian tersebut seolah-olah menghina Islam. Namun persetujuan tersebut mempunyai hikmah dan manfaat yang amat besar kepada Islam.

Kebijaksaan baginda s.a.w membuatkanku cukup kagum dan menambah kerinduanku kepada baginda. Kadang-kadang sambil membaca sirah baginda sambil diri ini menitiskan air mata kerana kagum dengan ketabahan dan sifat sabar baginda yang cukup tinggi. Kezuhudan baginda ketika memasuki kota Makkah sehingga janggut baginda tersentuh dengan pelana unta, tunduk baginda menandakan rendah diri kepada Penciptanya yang Maha Agung. Semoga hidup kita sentiasa mengikuti sunnah baginda s.a.w. Jadikanlah sirah baginda dan para sahabat sebagai panduan dalam menjalani hidup, ia ibarat cermin pandang belakang, untuk terus kedepan kita harus melihat kebelakang agar berjalan dilandasan yang betul dan tidak tertipu dengan musuh-musuh Islam.

Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi belum menyiapkan penulisan projek ilmiah. Teruskan berusaha, ikhlaskan niat, semoga setiap patah perkataan yang ditulis menjadi manfaat bagi kita dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. TERUSKAN PERJUANGAN. KU DOAKAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH URUSAN KALIAN...


Khamis, 14 Mei 2009

WARKAH PERPISAHAN...


Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Allah taala di atas kurniaan nikmat iman dan Islam, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para tabi’, tabiin dan semua kaum muslimin muslimat.

Tanpa disedari telah berlalu 3 tahun pengajianku di UKM ini..terasa begitu cepat masa berlalu, bagaikan baru semalam aku mendaftarkan diri ke UKM.. Seluruh pelusuk UKM belum ku jelajahi..masih ada tempat2 yg xsempat untuk di jenguk. Namun apakan daya, masa tidak menunggu kita..terasa diri ini masih tiada ilmu walaupun 3tahun menimba ilmu di bumi UKM. Namun akan ku simpan memori indah ini sebaik-baiknya.

Buat pensyarah-pensyarahku,
Kalian telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku, akan ku kenang jasa kalian, ku iringi doa semoga Allah merahmati kalian dan mendapat keberkatan daripada Allah taala. Tidak terdaya diri ini membalas jasa kalian yang banyak dicurahkan untuk mengajar insan-insan yang dahagakan ilmu.. doakan untuk kami semua semoga ilmu yang diperolehi dapat kami manfaatkan pada diri kami, keluarga, serta massyarakat seluruhnya. Halalkan ilmu tersebut buat kami, semoga ia berkat dan sentiasa kami amalkan.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.
Daku mohon jutaan kemaafan sekiranya selama perkenalan ini pernah diri ini mengguris perasaan kalian. Amat berat diri ini untuk berpisah dengan kalian semua. Tanpa kalian mungkin diri ini tidak kenal erti sebuah persahabatan.. kalian telah banyak mengajar diriku erti sebuah persahabatan yang ditaut erat dengan ukhwah islamiah. Semoga ukhwah yang kita bina kekal sehingga kita dipertemukan buat kali terakhir. Insya ALLAH. Segala pengorbanan dan jasa kalian akan ku ingat selalu..semoga bertemu dan berpisah kita kerana Allah..

Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang pernah bekerja dan berkorban masa dan tenaga bersama. Terutama yang terlibat dengan Tnzm FPI, Tnzm KIZ, PMFPI dan Perdana UKM serta ahli Islam Penyelamat Ummah seluruhnya. Ingin ku mohon jutaan kemaafan dari kalian semua sekiranya dalam bergerak kerja ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara. Amat ku kagumi jasa kalian yang tidak kenal erti penat jerih dalam bergerak kerja, masa kalian dipenuhi dengan amal kebajikan walaupun kalian tidak punya masa untuk duduk menggoyangkan kaki seperti insan lain yang punya banyak masa. Namun pengorbanan kalian yang diselit dengan keiklasan dalam bekerja akan diganjari dengan pahala oleh Allah taala.

Kepada adik-adik fpi atau perdana atau semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Mohon jutaan kemaafan di atas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak. Ku doakan semoga kalian semua diberi kejayaan dalam menempuh perjalanan hidup yang masih panjang. Ikhlaskan niat kerana Allah dalam menuntut ilmu, semoga dikurniakan ilmu yang bermanfaat dan di berkati Allah.

Semoga pertemuan kita di sini tidak berakhir dengan jarak jauh yang menghalang kita, semoga ukhwah yg dibina berkekalan selama-lamanya. Begitu sedih untuk ku luahkan perkataan ’perpisahan’ dengan kalian semua. Namun sudah menjadi lumrah bahawa setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.. tidak terdaya diri ini menghalang, namun perpisahan sebenarnya satu hikmah untuk kita merasai dan menghargai sebuah persahabatan dan nilai kasih sayang. Tanpa perpisahan mungkin kita tidak akan menghargai sebuah persahabatan dan perkenalan.


Semoga kehadiran warkah ini menjadi penawar kerinduan kepada kalian semua. Moga kita dipertemukan lagi, jutaan kemaafan daripada semua pihak samada yang dikenali atau tidak. Sama-sama kita doakan semoga kita diberi kejayaan yang diimpikan. Doakan kita semua termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa mengingati Allah, Ummat yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dan anak yang soleh dan solehah. Semoga berjumpa lagi..Wassalam..

Ahad, 3 Mei 2009

ADA APA PADA JIRANMU??


PAHALA BANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah Mubarak mengerjakan haji, dia tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi dua malaikat turun dari langit lalu satu berkata kepada yg lain, “berapa ramai orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”. Jawab yg lain “enam ratus ribu.” Lalu ia bertanya lagi “berapa ramai yang diterima?” jawabnya “tidak seorang pun yang diterima melainkan seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffak, dia tidak dapat menunaikan haji tetepi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima kerana berkat hajinya.

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapan itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffak itu sehingga ia sampai ke rumah Muwaffak itu. Dan ketika diketuk pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu “Muwaffaq” Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “ kebaikan apakah yang engkau lakukan sehinggakan mencapai darjat yang sedemikian itu?” jawab Muwaffak “sememangnya aku hendak mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana keadaanku. Tidak disangka-sangka aku mendapat wang tiga ratus dirham hasil pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedangkan isteriku pula hamil. Suatu hari dia tercium bau harum dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita itu.

Jawab jiranku "aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa untuk di masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk kamu.” Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembalikan ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan aku serahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi”

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah s.a.w ada di tanya, “ya Rasulullah tunjukkan kepadaku amal perbuatan yang apabila aku amalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah s.a.w “ jadilah kamu orang yang baik” orang itu bertanya lagi, “ ya Rasulullah, bagaimana akan ketahui bahawa aku akan berbuat baik?” jawab baginda “tanyakan pada jiran tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka kata engkau jahat maka engkau benar-benar jahat.”