Rabu, 26 November 2008

LA'NATULLAH A'LAIHIM

C

Penghinaan keatas Nabi s.a.w dan umat Islam. BOIKOT ISRAEL DAN KUFFAR..

PERINGATAN BUAT SEMUA...

SURAH AN-NUR (AYAT 30-31)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Marilah sahabat-sahabat kita renungi firman Allah sejenak!! muhasabah diri kita, mohonlah keampunan dan taubat kepada Allah di atas kelalaian diri kita setiap hari dari mengingatiNya..

SELAMAT BERJUANG!!

Selasa, 25 November 2008

NASIHAT BUAT MUSLIMAT

MUSLIMAT SEJATI

"Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhansudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......Saudariku.....saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan danmujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengannafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebihlagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darahmudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmuhendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimuuntuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allahtelah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengansentuhan lembut tangan mu.....Saudariku...Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yang hak dan yang batilapabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidakkerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dankasih pada penciptamu............Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membinasahsiah muslimahmu.....Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampubertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufiiaitu Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yangabadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itutidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkankebahagiaan dan kenikmatan yang kekalabadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itusendiri."ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA....

Isnin, 24 November 2008

MENGENAL SIFAT DIRI

Malu dalam islam

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.
Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah.
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)
Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.

mari mengenal tokoh pejuang Islam

Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Kota Konstantinopel)
Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan sekiranya tulisan ini ada kelemahan dan kesilapan tulisan dan maklumatnya. tulisan ini adalah assingment saya dalam subjek "Dunia Islam abad ke 19". Semoga ia memberi sedikit pengetahuan tentang pembukaan wilayah Islam yang paling hebat..

Tersebut di dalam tarikh Islam, bahawasanya tatkala kota Madinah al-Munawawarah yang dikepung oleh Yahudi dalam perang Khandak. Ketika Rasulullah s.a.w menghentakkan tembilangnya hendak memecahkan batu untuk membuat parit pertahanan (khandak) itu maka memancarlah cahaya api kerana pertemuan antara besi dan batu keras, maka ketika itu baginda mengucapkan takbir. Kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali dan tiga kali jugalah baginda mengucapkan takbir. Lalu para sahabat bertanya kenapa baginda mengucapkan takbir ketika memancar cetusan api itu tiga kali. Baginda menjawab bahawa pada cetusan api kali pertama baginda melihat bayangan istana putih di negeri Yaman, dan pada cetusan api yang kedua baginda melihat bayangan Iwan Kisra di Tanah Parsi dan pada cetusan api yang ketiga baginda melihat mahligai raja-raja di Konstantinopel. Akhirnya meskipun ketika itu baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat berada dalam kesulitan yang mengancam nyawa, namun suatu waktu kekuasaan Islam akan meluas juga sampai ke hujung Arab Selatan, ke Utara dan menyebarang ke Konstantinopel yang ketika itu masih menjadi pusat yang kuat di bawah Kerajaan Rom Timur (Byzantine). (Hamka. 1997)

Abu Qubail menuturkan dari Abdullah bin Amr bin Ash, “Suatu ketika kami sedang menulis di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda ditanya, “Mana yang dikalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Romawi?” Baginda menjawab, “Kota Herakliuslah yang akan dikalahkan lebih dulu.” Maksudnya adalah Konstantinopel.” [H.R. Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim]


Biodata Sultan Muhammad II ( Al-Fatih)( 833H-886H/1429M-1481M)

Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada bulan Rejab tahun 833H/ April 1429M. Merupakan putera kepada Sultan Murad II. Pada masa ayahnya menjadi sultan, Muhammad di lantik menjadi gabenor di Maghnisia. Pada tahun 845H/Februari 1451M baginda menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad II ketika berusia 22 tahun. Sultan Muhammad al-Fatih mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, Sains, Matematik dan menguasai enam bahasa pada ketika berumur 21 tahun. Baginda boleh bertutur dalam bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam. Baginda dikunjungi oleh para ulama’, sasterawan, penyair dan telah menganugerahkan kepada mereka sebaik-baik penghargaan. (Ensiklopedia Dunia, jilid 14. 2005)
PEMBUKAAN KOTA KONSTANTINOPEL

Sultan Muhammad II lebih terkenal dengan gelaran “al-Fatih” (penakluk) kisahnya merupakan mutiara dalam sejarah kerajaan Bani Uthmaniah dan dalam sejarah Islam umumnya. Bahkan menjadi pembuka pintu kepada perubahan perpindahan sejarah dunia dari zaman tengah kepada zaman baru kerana bagindalah yang menakluk Kota Konstentinopel tempat kedudukan kerajaan Rom Timur atau Byzantine beratus tahun dahulu. Ayahandanya Sultan Mahmud telah mewasiatkan supaya baginda membuka Kota Konstantinopel, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membuka Kota Konstantinopel pada tahun 857H/1453M.

Penaklukan keatas Kota Konstentinopel telah dilakukan berulang kali oleh pahlawan Islam sejak zaman sahabat-sahabat Nabi, percubaan pertama dilakukan pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 668M yang dipimpin oleh Yazid bin Muawiyyah, pada masa inilah seorang sahabat Rasulullah s.a.w sendiri iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang menyediakan rumah kediamannya buat menyambut Nabi waktu berhijrah ke Madinah meninggal dunia ketika tentera Islam mengepung kota tersebut, beliau telah mewasiatkan supaya mengebumikan jasadnya di kota itu supaya beliau boleh mendengar derapan tapak kaki tentera Islam yang masuk ke kota itu suatu hari nanti. Kemudian pada zaman Bani Abbas semasa pemerintahan Harun ar-Rasyid. Siri penaklukan keatas kota ini diteruskan lagi pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniah yang dilakukan oleh Bayazid iaitu datuk Sultan Muhammad al-Fatih sendiri dan di ikuti oleh ayahandanya Sultan Murad. Siri penaklukan ini tidak membuahkan hasil selama 800 tahun sehinggalah Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta pemerintahan kerajaan Uthmaniah. (Hamka. 1977)

Dengan benteng Rumili Hissari yang dibina itu tidak mungkin lagi Konstantinopel mendapat bantuan alat senjata atau kepentingan lain dari Laut Hitam. Ketika membuat benteng, baginda yang masih muda itu turut bekerja dan benar-benar menunjukkan semangat keperwiraannya. Baginda membuka baju dan serbannya dan mengangkat batu dan pasir sehingga ulama’-ulama’dan pasha-pasha terpaksa bekerja juga. Dengan sikapnya yang demikian maka bertambahlah semangat seluruh tentera dan pekerja yang di datang dari seluruh pelusuk kerajaan Uthmaniah. Tindakan ini telah mencemaskan Raja Byzantine sehingga dikirimkan wakilnya untuk bertemu Sultan Muhammad al-Fatih dan tidak lagi menuntut gaji tersebut, malah memohon supaya pekerjaan membuat benteng itu diberhentikan. Tetapi wakil raja tersebut telah di bunuh dan dengannya menunjukkan bahwa Sultan Muhammad al-Fatih telah mengisytiharkan perang terhadap Byzantine.


Pada 21 Sya’ban 856H / Ogos 1452M Sultan Muhammad al-Fatih bersama tenteranya mengelilingi kubu pertahanan Kota Konstantinopel selama tiga hari untuk memeriksa kekuatan dan kelemahan kota tersebut. Kemudian baginda kembali semula ke Adrianopel. Pada bulan Oktober baginda mengutuskan seorang ketua perangnya iaitu Tarkhan Pasha untuk menemui penguasa negeri Mora iaitu Thomas dan Demitrius, kedua-duanya merupakan saudara kandung Kaisar Byzantine. Utusan tersebut adalah untuk memberitahu niat Sultan Muhammad al-Fatih untuk menakluki Konstantinopel dan menasihati keduanya supaya berdiam diri dan tidak membantu raja jika mereka ingin selamat.
setelah sembilan bulan kota megah yang menjadi pusat peradaban dan kebudayaan Kristian itu dikepung, Sultan Muhammad al-Fatih bersama gurunya Syeikh Aaq Syamsuddin, orang kanannya Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan strategi peperangan dari pelbagai penjuru kota dengan berbekal 150 000 tentera. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Kostantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


Tetapi Kota Konstantinopel telah dijaga dengan rapi, pihak musuh telah menutup jalan air yang merupakan laluan utama untuk masuk ke Kota Konstantinopel. Di sebelah Barat kota tersebut dikelilingi dengan benteng, manakala diri arah Selatan laut Marmara pasukan laut Sultan Muhammad al-Fatih harus berhadapan dengan pasukan laut Genoa pimpinan Justinian dan dari arah Timur pasukan laut Sultan Muhammad al-Fatih mesti melalui selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang yang kecil pun tidak dapat menembusinya.
.
Akhirnya baginda memutuskan untuk melalui jalan darat iaitu melalui selat Golden Horn yang merupakan pertahanan yang agak lemah. Baginda mendapat satu akal iaitu dengan memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang. Berkat ketakwaan Sultan Muhammad dan tenteranya Allah memberi bantuan dan pertolongan, baginda memerintahkan supaya memindahkan kapal melalui jalan darat sejauh tiga batu pada waktu malam. Iaitu dengan cara melicinkan papan-papan dengan minyak dan menolak kapal-kapal di atas kayu tersebut, hanya dalam masa yang singkat sahaja 70 buah kapal dapat dipindahkan dan memasuki wilayah selat Golden Horn. Pada siangnya terkejutlah penduduk melihat keadaan tersebut dan benteng yang ada tidak lagi memberi faedah. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. (Alwi Alatas.2005 dan Hamka. 1977). Akhirnya dengan strategi yang teratur dan penggunaan meriam sebagai alat penyerangan yang dahsyat dengan memuntahkan peluru-pelurunya ke atas kota pertahanan itu. Tentera Sultan Muhammad al-Fatih dapat memasuki kota tersebut.
SAAT KEMENANGAN

Pada waktu Zohor tanggal 20 Jamadil Awwal 857H/25Mei 1453M, maka masuklah Sultan Muhammad II ke dalam kota itu dengan penuh kebesaran dan diiringi oleh para ulama’ dan orang-orang besar. Laungan Takbir “Allahu Akbar” terdengar dikiri kanan jalan, tempat bala tenteranya berdiri menyambut kedatangan pahlawannya. Baginda sendiri mengenderai kudanya yang bernama “jambulat” dengan langkah yang tenang dan tenteram dan penuh rasa bahagia. Tidak kelihatan kesombongan di raut wajah baginda. Bahkan setelah sampai dihadapan gereja besar Aya Sophia maka baginda turun dari kudanya dan sujud kebumi mengucapkan syukur kepada Allah dan diambilnya segenggam pasir dan diletakkan diatas kepalanya sendiri sebagai tanda merendahkan diri kepada Allah.. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Konstantinople. (Hamka: 1977)


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Rahsia kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menakluki Kota Kostantinopel adalah kerana mendapat karamah dan bantuan Allah. Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh daripada mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Begitu juga dengan baginda sultan yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud dan solat sunat rawatib sejak baligh hinggalah saat baginda meninggal dunia. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tentang sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


KESAN SELEPAS JATUHNYA KONSTANTINOPEL

Jatuhnya Kota Konstantinopel merupakan satu kejayaan yang mengagumkan bagi umat Islam dan harus diakui kemuliaan kedudukan mereka sebagai Pahlawan Islam yang hebat. Sebelumnya kota itu merupakan kota yang paling lama dikuasai oleh kerajaan Byazantine. Dengan penaklukan kota tersebut oleh pahlawan Islam maka berakhirlah zaman tengah yang gelap dan berganti dengan zaman kesedaran atau Renaissance di Benua Barat.

KESIMPULANNYA:

Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih dalam menakluk Kota Konstantinopel adalah kerana kebijaksanaan baginda dalam merancang strategi peperangan. Kejayaan tersebut juga adalah kerana pertolongan Allah di sebabkan oleh kezuhudan dan kebaikan akhlak Sultan Muhammad al-Fatih sendiri dan para tenteranya. Usia baginda yang masih muda bukanlah menjadi penghalang kepada kemenangan dan kejayaan dalam memimpin pasukan tentera dan mengatur pentadbiran negara.

Kehebatan baginda dalam memimpin sebuah negara pada usia remaja seharusnya menjadi teladan dan iktibar kepada kita hari ini sebagai golongan mahasiswa yang berpendidikan tinggi. Mencontohi semangat dan akhlak mulia baginda dan tenteranya dalam menetang musuh. Begitu juga dengan amalan sunat yang dilakukan dengan istiqamah menjadi salah satu faktor pertolongan Allah yang tidak dijangka mengikut akal manusia. Sesungguhnya perkara yang mustahil bagi pandangan manusia tidak akan mustahil bagi Allah taala yang Maha Agung. Wallahua’lam.




PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

Enam Pertanyaan Imam Al-Ghazali


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

palestin oh palestin

RENUNGAN BERSAMA..


SAAT TIBANYA AJAL…

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

ahlan wasahlan


assalamualaikum..


Bismillahhirahmanirrahim. Segala puji bagi ALLAH diatas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi s.a.w. keluarga baginda, sahabat-sahabat, tabi' dan taabiin. Bersyukur saya kepada ilahi diatas segala nikmat yang dikurniakan. Terciptanya blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat saya yang sudi untuk mengajar saya untuk mencipta blog ini terutama kepada Ustazah Bie dan Hajjah Nik. SEMOGA BLOG INI sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman. semoga usaha ini diberkati oleh Allah Taala dan menjadi satu medan dakwah untuk mentarbiyah diri dan jiwa kita menuju Ilahi. Insya Allah